Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Lepas Bersara Pun Ada Risiko Untuk Muflis? Ikut Pesanan Pakar Ini

today25 February 2021

Background

Risau rasanya bila fikirkan tentang duit simpanan kita, sama ada ia mencukupi ataupun tidak untuk menampung kehidupan selepas bersara. Sekarang ni pun, ada yang rasa cemas bila tengok duit dalam akaun. Takut simpanan yang ada tak cukup, dan bila masuk ke usia pencen pun masih tak cukup. 

Apa yang lagi menakutkan, apabila tiba usia pencen dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ada cuma RM5,000 sahaja. Mungkin sesetengah orang mempunyai komitmen yang lebih sehingga terpaksa menggunakan kesemua duit gajinya untuk komitmen tersebut. Ada juga yang kerap membeli belah sampai tak ada duit nak simpan. Tapi bagi isu simpanan KWSP yang sedikit ini, ia boleh berlaku apabila gaji yang diterima itu sedikit atau pekerjaan secara kontrak. Itu antara faktor simpanan dalam akaun 1 KWSP sedikit walaupun kerja dah bertahun-tahun.

Semua Bermula Dengan Sikap Menyimpan

Sebab itu ada sesetengah orang yang mampu untuk jatuh muflis selepas bersara, dan ada juga terpaksa bekerja walaupun sudah bersara. Menurut Abang Abu, Mekanik Kewangan, orang sekarang tidak lagi mempunyai sikap suka menyimpan. Gaji yang diterima itu habis digunakan untuk perkara-perkara lain seperti membayar hutang rumah dan kereta. Katanya, tidak seperti zaman mak ayah kita dahulu yang kuat sikap menyimpan atau menabung.

Zaman sekarang, sikap suka menyimpan itu tidak diamalkan, sehinggakan terdapat kajian daripada Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan sebanyak 53 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sebanyak Rm1,000. Walaupun dalam zaman pandemik di mana ramai yang hilang punca pendapatan, ia bukan alasan untuk tidak menyimpan. 

Dahulukan Gaji Untuk Diri Sendiri

Jadi saranan Abang Abu, kita boleh memulakan tabiat menyimpan dengan mendahulukan duit gaji yang kita dapat itu untuk diri kita sendiri. Dahulukan pada diri sendiri bukan digunakan untuk membeli benda yang tidak berfaedah, tetapi duit tersebut diketepikan untuk simpanan kita. Simpanan tersebut merupakan simpanan masa depan kita. Bagaimanapun, dalam masa sama kita perlu berbelanja juga. Bagi Abang Abu, dalam berbelanja juga kita perlu menyimpan.

Berkongsi cara yang digunakan Abang Abu, dia akan mengenakan cukai terhadap diri sendiri apabila berbelanja. Jadi setiap perbelanjaan yang dikeluarkan akan ada duit simpanan hasil daripada cukai yang dikenakan kepada diri sendiri. Cukai ini terpulang kepada diri sendiri sama ada sebanyak 8 atau 10 peratus. Menurut Abang Abu, ramai juga yang terkejut kerana cara itu juga boleh digunakan untuk menyimpan. Jadi itu sedikit perkongsian tentang cara Abang Abu menyimpan.

Namun begitu, selalu mekanik kewangan, dia tetap menegaskan bahawa sikap menyimpan ini harus bermula dengan kesedaran pada diri. Ia tak boleh dipaksa, tapi bila dah terkena pada diri sendiri barulah kebanyakkannya sedar akan kepentingan menyimpan.

Nilai Duit Boleh Jatuh Selepas Usia Pencen

Bercakap soal simpanan, Abang Abu turut menegaskan kita tidak boleh berpuas hati dengan simpanan yang ada dalam KWSP. Ada sesetengah orang hanya berharap duit simpanan dalam KWSP sahaja untuk kehidupan selepas pencen. Malangnya, tidak ramai yang sedar akan susut nilai duit yang kita simpan itu. Menurut Abang Abu, kesilapan kita adalah apabila melihat nilai RM100,000 dalam KWSP itu akan kekal sama selepas 30 tahun.

Hakikatnya, nilai tersebut akan susut dan mungkin selepas 30 tahun ia akan susut sebanyak 60 peratus. Itu yang berlaku kepada sesetengah orang yang bersara dan mengharapkan duit KWSP untuk tampung kehidupan, tetapi akhirnya kesemua duit itu habis digunakan dalam tempoh 2 tahun. Jadi, bila nak bersara kita perlu buat perkiraan secara betul, iaitu kena ikut nilai wang pada masa akan datang.

Jadi saranan Abang Abu, buat perkiraan simpanan dengan betul dan perlu lebih proaktif dalam menambah pendapatan kita. Selain itu, jangan terlalu harapkan duit KWSP untuk bersara nanti, dan amalkan juga simpanan sendiri. Kalau terlepas perbincangan topik ini, klik link ini untuk dengar lebih lanjut.

Baca juga artikel menarik lain:

Anak Mawar Rashid Dikatakan ‘Gelap, Tak Comel’, Netizen Hujani Ruangan Komen Backup Baby

Budak 1 Tahun Kena Penalti Sebab Tak Pakai Mask, Netizen Berang Pengurusan Kondo Buat Undang² Sendiri

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Jual, simpan LPG dalam bengkel

Johor Bahru: Premis yang menjual gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen dengan berselindung di sebalik bengkel kenderaan serta kedai tayar di Taman Daya di sini, diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Johor Mohd Hanizam Kechek berkata, serbuan pada 3 petang itu berjaya merampas dan menyita 141 tong gas, dua lori dan dua motosikal yang dianggarkan bernilai RM66,228. Menurutnya, […]

today25 February 2021