Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Manis-Manis Lemak! Jom Sarapan Dengan Roti Telur Kaya

today24 October 2020

Background

Selalu kalau sarapan pagi tekak asia mesti nak makan nasi goreng, mi goreng, nasi lemak atau roti canai kan? Apa kata,  kita buat lain sikit dengan hidangan yang simple dan mengenyangkan.

Roti Telur Kaya! Mesti ada yang membayangkan sekeping roti disapu kaya dan dihidangkan bersama telur separa masak macam Roti Titab tu kan? Namun, konsep resipi yang kami nak kongsikan kali ni, lain sikit!

Nak tahu caranya bagaimana, jom kita lihat bahan dan cara penyediaan hidangan ini.

Bahan-bahan

  1. Telur 2 biji.
  2. Roti 10 keping.
  3. Keju ikut citarasa sendiri.
  4. Kaya.
  5. Planta.

Cara penyediaan

  1. Telur dan keju dipukul sehingga kembang.
  2. Sementara itu, panaskan kuali leper dengan planta.
  3. Celup roti ke dalam telur dan keju yang sudah dipukul sehingga kembang.
  4. Kemudian, susun di atas kuali leper.
  5. Masak sehingga warna coklat keemasan.
  6. Akhir sekali sapukan dengan kaya.
  7. Hidangkan!

Mudah dan nampak sedap kan? Kalau tak suka manis sangat, tak apa. Sapukan kaya dengan kuantiti yang sedikit.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Guna Duit Gaji Yang Diterima Beli Makanan Kucing, Pak Guard OKU Ini Raih Simpati Warganet

Suka Makan Mi Goreng Mamak? Ini Sebab Ia Sering Dihidangkan Bersama Limau Nipis

 

 

 

 

 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Gencatan politik demi nasib rakyat

RIDZAUDDIN ROSLANWARTAWAN EKSEKUTIF“SAYA pohon semua pihak beri ruang kepada Agong menunaikan tanggungjawab mengikut lunas Perlembagaan dan budi bicara untuk menelaah dokumen dan memanggil ketua parti mengesahkannya.” Itu antara diluahkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempersembah dokumen sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah minggu lalu. Ia susulan dakwaan Anwar mendapat sokongan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *