Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Mudah! Tumis Kacang Panjang Bersama Telur Masin

today28 October 2020

Background

Telur rebus adalah antara makanan yang biasa dimakan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia tapi tidak telur masin. Hanya masyarakat Cina dan segelintir masyarakat Melayu saja yang menggemari telur masin.

Telur masin sepertimana namanya, telur yang telah diasinkan dan biasanya menggunakan telur itik. Namun, ada juga yang menggunakan telur ayam untuk dijadikan telur masin.

Setiap orang ada cara masak mereka yang tersendiri. Itulah tujuan kami buat artikel ni untuk kongsikan menu kacang panjang tumis telur masin. Jangan risau, rasanya sedap dan paling penting cara masakannya mudah!

Bahan penyediaan

  1. Bawang merah 1 biji.
  2. Bawang putih 5 ulas.
  3. Cili merah besar 4 batang.
  4. Kacang panjang seikat sudah dipotong sepanjang 1 cm.
  5. Telur masin yang sudah direbus.
  6. Perasa 1 sudu kecil.
  7. Gula 1 sudu kecil.

Cara penyediaan

  1. Tumbuk manja bawang merah, putih dan cili.
  2. Goreng bahan yang sudah ditumbuk sehingga naik bau dan bawang bertukar kekuningan.
  3. Masukkan telur masin dan hancurkan tapi jangan terlalu lumat. Orang mat saleh kata, just nice.
  4. Masukkan serbuk perasa dan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan kesemua potongan kacang panjang.
  6. Hidangkan!

Mudah saja! Tujuh bahan dan enam langkah penyediaan. Tak sampai 10 minit, hidangan dah siap terhidang.

Nak lagi sedap, makan bersama sambal belacan. Memang padu habis!

Selamat mencuba!  

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Resipi Roti Puri Paling Simple Tanpa Yis. Tetap Kembung & Menjadi Elok Je

Hanis Zalikha Kongsi Resipi Sup Ayam Berkhasiat Bila Yusuf Selsema

 

 

 

 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Arsenal, Spurs congak strategi di Liga Europa

Paris: Seteru Inggeris, Arsenal dan Tottenham meletakkan sasaran untuk kembali mencatat kemenangan dalam saingan Liga Europa (UEL), awal pagi Jumaat ini. Selepas tewas 0-1 di laman sendiri kepada Leicester City hujung minggu lalu, skuad Gunners melayan kunjungan wakil Ireland, Dundalk dalam perlawanan kedua saingan Kumpulan B susulan kejayaan di Austria dalam aksi pembukaan. Dundalk hanya pasukan ketiga Ireland mara ke peringkat kumpulan, menyamai catatan mereka pada 2016/17 selain apa... Klik […]

today28 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *