Kalau sebelum ni viral Keke Challenge, Bottle-Flipping Challenge, Kylie-Lip Challenge dan banyak lagilah cabaran yang pelik-pelik tular di media sosial. Peliknya, ramai yang mengikut dan sanggup lakukan walaupun akhirnya akan memalukan diri sendiri. Namun, siapalah kita untuk menghakimi, kerana ia mungkin satu kepuasan bagi mereka.
Apa kata kali ni kita buat cabaran membuat kebaikan pada orang dan ke atas diri sendiri bila anda tiba di pejabat atau ke mana saja. Walaupun tak viral di media sosial tapi lakukan untuk diri kita sendiri.
Antara tindakan kebaikan mudah yang kita boleh lakukan adalah dengan…
- Memberi laluan atau membuka pintu kepada mereka yang lebih memerlukan.
- Memberi senyuman kepada sesiapa saja yang bertentangan mata dengan anda.
- Berikan pelukan dan bersalaman bila berjumpa dengan orang yang dikenali. Pastikan yang sama jantina je.
- Elakkan berfikiran negatif. Cuba pandang perspektif yang positif bila ada yang mengkritik diri kita.
- Sentiasa memandang seseorang dengan kebaikan yang pernah dia lakukan.
- Bantu siapa yang memerlukan pertolongan. Elakkan sikap ‘malaslah nak tolong’.
Mungkin senarai di atas nampak kecil tapi cuba buat. Anda akan rasa satu kepuasan.
Bila kita keluarkan aura positif dengan melakukan kebaikan pada setiap peluang yang ada, secara tak langsung gaya hidup kita akan berubah sekaligus di kelilingi dengan perkara yang positif. Kan bagus tu..
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Kebaikan Dan Keburukan Makan Makanan Pedas
‘Syok Sangat Hisap Jari Tu’- Mak Ayah Perlu Tahu Kebaikan Bila Bayi Suka Hisap Jari