Sebelum menemui ajal, mangsa akan menderita akibat kesakitan fizikal tahap kronik. Keadaan ini akan dihadapi oleh mangsa dalam tempoh panjang sehingga ada mangsa yang sudah tidak berdaya untuk melawan.”
Terkena santau pada hari ini sudah menjadi perkara biasa yang kita dengar saban hari. Ramai sangat yang menderita dan terseksa mengalami masalah terkena santau ini dek perasaan tidak puas hati oleh sesetengah individu yang sanggup membelakangi agama. Santau tergolong dalam ilmu sihir diperkenalkan oleh syaitan kepada manusia yang akan mengundang kemudaratan sama ada kepada orang yang mengamalkannya ataupun mangsanya. Ia sudah wujud sejak zaman berzaman dan masih diamalkan oleh segelintir manusia hingga ke hari ini bagi mencapai matlamat tertentu terutamanya mahu menjatuhkan musuh, ingin menjadi kaya, membalas dendam, iri hati, hasad dengki, dan menguji tahap kekuatan atau ketahanan kebatinan seseorang. Dalam beberapa kes santau, ada yang boleh membawa kepada maut.
Betapa keji dan kejamnya hati sesetengah daripada manusia yang sanggup menjahanamkan orang lain menerusi amalan yang merupakan cabang ilmu hitam atau sihir itu. Malah, bertambah sedih dan mendukacitakan, ada kalanya sasaran santau yang dihantar terpesong ke arah insan-insan yang tidak bersalah. Sebelum menemui ajal, mangsa akan menderita akibat kesakitan fizikal tahap kronik.
Keadaan ini akan dihadapi oleh mangsa dalam tempoh panjang sehingga ada mangsa yang sudah tidak berdaya untuk melawan. Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat. Antara tanda santau yang boleh dilihat pada sesetengah individu secara terus melalui tahap kesihatannya seperti sakit perut yang tidak tahu punca. Kebanyakannya pakar perubatan juga tidak dapat mengenal pasti punca dari mana kesakitan itu dirasai pesakit. Anda kemungkinan terkena santau jika ada tanda-tanda seperti di bawah ini. Apa pun cuba dapatkan pandangan pakar dan orang yang lebih arif terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan sendiri ya.
- Badan sakit dan lenguh seluruhnya.
- Kuku hitam dan nafas berbau busuk.
- Sentiasa sakit pada tulang belakang
- Bawah matanya lebam
- Emosi yang pelbagai. Mudah berasa marah, sedih dan menangis.
- Batuk teruk hingga berdarah dalam tempoh yang lama.
- Wanita datang bulan sangat lama tempohnya hingga berbulan.
- Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
- Sakit sesak nafas terutama waktu Maghrib.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
- Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
- Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
- Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
- Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
- Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
JENIS-JENIS SANTAU
- Santau Angin
Santau angin merupakan serbuk santau yang mengandungi yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari. Kebiasaanya mangsa akan menjadi kurus kering kerana diseksa secara perlahan-lahan setelah menghidu atau menyedut bahan santau itu yang mana telah memasuki paru-paru. Mangsa bakal menderita sehinggalah berakhir dengan kematian. Santau angin sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi atau dari jauh.
- Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa seperti muntah darah dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, gambar, rambut atau barang peribadi pesakit.
- Santau Batuk
Mangsa mengalami batuk yang berterusan dan kadangkala diiringi sakit kepala. Ia merupakan peringkat awal bagi mereka yang terkena santau.
- Santau Makan & Minum
Ramuan santau yang telah disiapkan akan dimasukkan secara zahir, samada oleh manusia atau secara ghaib dengan menggunakan bantuan jin yang berkhidmat dengan tukang sihir, ke dalam makanan atau minuman. Mereka yang mengambil makanan atau minuman tersebut akan terkena racun santau yang telah dimasukkan tadi.
- Santau Langkah
Ia dikenakan kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau yang telah dibacakan mantera di pintu rumah atau pejabat.
Baca juga: Gara-Gara Followback Boyfriend Orang, Instafamous Ini Sampai Kena Santau. Tergamaknya!
Sumber: darusyifa