Mungkin agak pelik persoalan topik kali ini tapi apa salahnya kalau kita tingkatkan pengetahuan am dan ambil tahu tentang kehidupan serangga sekeliling kita.
Untuk pengetahuan anda, langau betina bertelur sekitar 250 biji telur di atas bangkai atau bahagian tisu lembut dan berongga seperti mata, hidung, telinga, mulut, dan bukaan urogenital (urethral, vagina, anus), ataupun pada luka yang ada pada mayat.
Selepas itu, telur akan menetas kemudian menghasilkan larva atau dikenali sebagai berenga selepas 24 jam dan seterusnya, membesar dengan memakan daging bangkai sehingga ke peringkat larva ketiga (L3).
Menurut kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , kitaran hidup seekor langau memerlukan tempoh lebih kurang 9-12 hari dan bergantung kepada suhu persekitaran.
Biologi langau sangat penting untuk tujuan forensik, terutamanya apabila mayat yang dijumpai sedang mereput dan dikerumuni oleh larva langau. Disebabkan lalat langau betina berupaya bertelur di atas mayat selepas 1 jam kematian berlaku, maka perkembangan larva lalat pada mayat boleh digunakan dalam anggaran masa kematian. Pendek kata, kita boleh membaca anggaran waktu kematian bagi pihak si mati sebagai bukti untuk perbicaraan di mahkamah,”
Selain daripada anggaran waktu kematian, larva langau juga boleh….
- Memberitahu tentang lokasi berlakunya kematian.
- Boleh digunakan dalam menentukan sebab kematian misalnya penderaan, penentuan musim, dan berkemungkinan memberi maklumat DNA si mati (DNA manusia boleh dijumpai di dalam usus larva langau).
- Merupakan sebahagian daripada proses pereputan bangkai dan mayat.
Kesimpulannya, kita harus menghargai sumbangan mereka dalam memastikan proses pereputan dan kitaran nutrien berjalan dengan baik, dan seterusnya menjamin bekalan makanan manusia berkekalan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Jangan Takut Lapor Kepada Pihak Berkuasa Jika Berlaku Kecurangan Moral
Kenapa 5 Haiwan Ini Dihantar Ke Angkasa Lepas?
Sumber: majalahsains
Post comments (0)