Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Saintis Dakwa Temui Ubat Kekal Muda. Cuba Juga Cara Semula Jadi Untuk Awet Muda

today28 June 2021

Background

Bagi kaum wanita, tentu sekali inginkan untuk kelihatan muda walaupun pada usia yang lanjut. Pelbagai produk yang dipakaikan pada wajah dan juga pelbagai rawatan wajah dilakukan bagi tujuan ini. Ada yang berhasil, ada juga yang kurang menampakkan hasil. Bagaimanapun, sepasukan penyelidik dari Korea Selatan telah membangunkan terapi gen untuk ‘meremajakan ‘ kulit manusia sekali gus ‘mengubah fenomena penuaan’.

Image via:https://www.kosmo.com.my/

Menurut laporan, pasukan saintis dari Institut Sains dan Teknologi Lanjutan Korea (KAIST) telah menemui cara untuk menjadikan sel kulit ‘tumbuh menjadi lebih muda’. Mereka mendakwa bahawa teknik asal itu boleh digunakan untuk ‘mengubah proses penuaan, mencegah penyakit berkaitan penuaan serta melanjutkan jangka hayat manusia.’ Wah memang dasyat penemuan teknik ni sampai boleh buat kita kelihatan muda sentiasa.

Dalam pada itu, ketua saintis penyelidikan tersebut, Profesor Kwang-Hyun Cho berkata, teknik itu menggunakan bahan kimia dan gen untuk ‘mematikan’ sejenis molekul yang menyebabkan sel menjadi tua. Pasukan penyelidik itu berupaya ‘menghidupkan’ sel kulit di dalam makmal dan memulihkan keremajaan sel. Sel remaja tersebut turut membiak menjadi sel baharu lain. Hasilnya membolehkan tisu kulit kembali muda dan sihat tanpa kedutan.

Kalau teknik ini sudah dikomersialkan nanti, mungkin bayarannya juga tidaklah murah. Tapi kalau anda nak guna cara semula jadi untuk kekal nampak muda, boleh cuba cara ini.

1. Jangan ambil karbohidrat secara melampau. Boleh kurangkan makan nasi. Memang agak susah sikitlah sebab nasi ni dah kira sebagai makanan ruji rakyat Malaysia. Tapi nasi ni juga boleh dikatakan tidak sihat jika ambil secara berlebihan. Jadi, boleh mula untuk kurangkan sikit demi sedikit dan gantikan nasi dengan oat.

2. Elakkan makanan bergoreng. Kalau nak masak apa-apa, boleh kukus, grill ataupun bakar. Makanan bergoreng ni penuh minyak dan ia tak bagus untuk dalaman kita. Makanan segera juga adalah dilarang sama sekali.

3. Paling penting, jangan minum air manis. Pengambilan gula memang perlu dipotong terus ya. Gula yang ada dalam makanan tu pun dah cukup kandungannya untuk badan kita. Minum air secukupnya juga.

4. Selain bab makanan, bersenam juga kena dimasukkan dalam rutin harian. Bersenamlah sampai berpeluh sebab ia boleh keluarkan toksin dari badan. Wajah awet muda pun dapat, tubuh badan sihat pun dapat.

5. Kalau mengidam benda manis nak buat apa? Jawapannya adalah makan buah. Kalau makan salad pula jangan letak sos atau mayonis. Cukup sekadar letak minyak zaitun. Segala jenis sos adalah dilarang kerana kandungan gula didalamnya tinggi.

Memang nampak susah nak dapat wajah kekal muda dengan cara semula jadi ni. Mungkin pada peringkat awal je susah, tapi bila dah biasa tak makan nasi setahun pun tak apa. Apa yang penting, kena pastikan badan dapat nutrisi dan zat yang secukupnya.

Baca juga artikel menarik lain:

Kumpulan Penggondam ‘Anonymous Malaysia’ Beri Amaran Ancaman Siber Ke Atas Kerajaan?

Selamat Ke Guna Pisau Cukur Berkali-Kali? Ini Cara Bercukur Yang Betul Untuk Elak Kulit Rosak

Sumber daripada: Kosmo & Says

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

Lebih 40 peratus PKS berisiko ‘bungkus’

SHAZWAN YUSOP, WARTAWAN EKSEKUTIF BERMULA 1 Jun lalu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 dalam masyarakat. Menerusi pelaksanaan itu, aktiviti harian masyarakat terbatas dan hampir semua sektor ekonomi tidak boleh beroperasi. Hanya syarikat dalam per­khidmatan perlu dibenarkan beroperasi, manakala syarikat lain disarankan supaya mengarahkan pekerja bekerja dari rumah atau menutup sementara operasi. Berikutan itu, ramai... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today28 June 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *