Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Sakit Kepala, Telinga Berdesing.. Jaga-Jaga! Anda Mungkin Alami Tekanan Darah Tinggi

today11 January 2021

Background

Kini tidak kira usia, ramai di kalangan masyarakat kita sudah mula alami tekanan darah tinggi. Memandangkan situasi dan cabaran yang kita sama hadapi ini, tidak hairanlah ramai yang sudah mula berisiko alami tekanan darah tinggi. Apa sebenarnya penyebab dan punca tekanan darah tinggi? Apa yang boleh kita lakukan untuk menghindarinya? Hari ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa fakta tentang darah tinggi yang mungkin anda tak tahu.

Apa itu darah tinggi? Ia merupakan peredaran darah yang bergerak di dalam alteri anda, darah yang dipaksa untuk melalui dinding alteri anda akibat beberapa faktor menyebabkan darah tinggi berlaku. Terdapat pelbagai alat untuk membaca tekanan darah. Anda boleh dapat alat-alat ini di farmasi atau pusat rawatan kerajaan atau swasta. Terdapat juga peranti yang boleh dibeli untuk rumah anda. Bacaan tekanan darah sentiasa diambil dari lengan anda, di peringkat jantung anda. Sedikit tip dari kami, jika anda memakai lengan panjang, dinasihatkan untuk menggulungnya untuk mendapatkan bacaan yang paling tepat. Anda mempunyai tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai hipertensi, jika anda mempunyai bacaan 140/90 mmHg (milimeter merkuri) atau lebih.

TEKANAN DARAH TINGGI ! BAHAYA!! – Love & Peace

Faktor Darah tinggi

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, yang sering dikaitkan dengan gaya hidup kurang sihat seperti merokok, tidak aktif, mengalami obesiti, makan makanan cepat saji dan minum terlalu banyak alkohol. Terdapat juga faktor lain seperti umur meningkat, kencing manis, kolesterol atau keadaan buah pinggang.

Bagaimana penyakit ini dapat dicegah?

Ada ubat-ubatan untuk kurangkan tekanan darah tinggi, namun adalah lebih baik untuk anda lakukan senaman ringkas dan jaga pemakanan. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menjadi sangat berbahaya, meningkatkan risiko anda mengalami strok, serangan jantung atau kegagalan jantung berfungsi.

SIMPTOM DARAH TINGGI

  1. Sakit kepala – Kesakitan cenderung terletak di bahagian atas kepala dan di lehernya.
  2. Mudah letih – Cukup tidur, cukup rehat namun masih mudah letih.
  3. Telinga anda berdesing – Gejala ini hanya akan menjadi jelas apabila tekanan darah tinggi adalah teruk. Bermakna, anda sudah wajib mendapatkan nasihat perubatan secepat mungkin.

Ingatlah bahawa kesihatan kita tanggungjawab kita. Tekanan tinggi adalah masalah kesihatan yang tidak boleh diabaikan dan kita haruslah mencegah sebelum ia melarat. Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada anda!

 

Baca juga:

Awas Jika Air Kencing Berbuih!

Kawal Kandungan Gula Dalam Badan, Amalkan Makan 3 Ulam Ini

 

 

 

 

Sumber: MyHealth

Written by: Adinna


Previous post

jord

Sukan

Selepas 2 Bulan Michael Oliver Akui Silap, Pickford Patut Kad Merah

Pengadil Michael Oliver akhirnya memberikan pandangannya tentang insiden Pickford dan Van Dijk setelah dua bulan ianya berlaku. Pickford ketika itu melakukan kekasaran yang menyebabkan kecederaan panjang pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk pada 17 Oktober pada aksi Merseyside Derby di Goodison Park. Terjahan keras itu sudah beberapa kali dilakukan penjaga England tersebut sebelum ini. Ianya memudaratkan. Namun Pickford tidak dilayangkan kad merah pada masa itu kerana Van Dijk... Klik untuk […]

today11 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *