Walaupun macam lambat lagi kita akan dapat bercuti ke luar negara, namun pembaharuan ini adalah satu perkara yang perlu dilakukan untuk memudahkan perjalanan kita nanti. Berita baik untuk kaki travel, sebab tidak lama lagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dilengkapi teknologi pengecaman wajah! Jimat kertas, jimat masa dan tak kalut nak print boarding pass lagi.
Menurut laporan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan melancarkan inisiatif token perjalanan tunggal (single token journey) yang memanfaatkan teknologi pengecaman wajah membabitkan pengesahan biometrik penumpang. Jadi, tiada siapa boleh menyalahgunakan identiti selepas ini.. Kalau IC lelaki, tapi muka dah ubah seperti perempuan mungkin anda akan sangkut seketika. Oppss..
Tambah MAHB, fasa pertama penggunaan teknologi tersebut dijangka akan selesai pada separuh pertama 2021 di mana 50 kiosk daftar masuk sendiri, 20 kaunter daftar masuk dan 56 pintu masuk di pusat pemeriksaan keselamatan serta pintu masuk di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA. Apa yang menariknya, proses pengesahan ini hanya mengambil masa sekitar 5 saat sahaja untuk setiap penumpang. Hebat bukan?
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkongsi bahawa inisiatif tersebut bertujuan mengurangkan sentuhan fizikal ketika membuat perjalanan selain melengkapi kemudahan penerbangan di lapangan terbang itu. Memandangkan kini kita mengamalkan norma baru jadi ini adalah satu langkah keselamatan untuk kita semua.
Difahamkan penumpang juga boleh menggunakan aplikasi MYairports yang mana ia membolehkan penumpang untuk mendaftar pengesahan wajah sebelum tiba di lapangan terbang dan ia juag akan selaras dengan sistem imigresen yang akan membenarkan orang asing memanfaatkan pagar automatik jabatan itu dan tidak lagi perlu beratur di kaunter.
Selain itu, usaha ini juga adalah salah satu matlamat MAHB untuk menjadikan lapangan terbang siap dan lengkap untuk masa hadapan. Mungkin dengan cara ini ia dapat menyakinkan penumpang perjalanan udara berasa lebih selemat.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Dah Guna Laser Tapi Masih Tumbuh..- Gadis Miliki Misai Dan Janggut Anggap Ia Satu Kelebihan
Gelagat Wawa Zainal Berbungkus Plastik Sampah Masuk Bilik Aeril Jadi Perhatian!
Sumber: Utusan Malaysia
Post comments (0)