Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Tindakan Terbaik Bila Berdepan Dengan Orang Yang Suka Mengata

today20 December 2020

Background

Ignore those people always talking behind your back,”

Siapa je tak pernah merasa diri diumpat belakang-belakang tak kira dalam kalangan kawan-kawan atau saudara sendiri kan..

Tak akan ada yang sempurna untuk memuaskan hati semua orang. Mesti ada satu dua pasang mata tak suka dengan personaliti kita walaupun kita rasa kita tak melakukan apa-apa kesalahan kepada mereka.

via GIPHY

Tapi,  bagaimana nak berdepan orang suka yang mengata? Perkara ini telah dibincangkan oleh Prof Dr. Muhaya tentang isu ini. Jom kita lihat perkongsian dari beliau menerusi laman Facebook.

Dengar sampai habis, ayat last Prof sangat mendalam!

 

Selain daripada nasihat dari Prof Muhaya, anda juga boleh membuat beberapa tindakan berikut untuk mengelakkan daripada bermusuhan dan salah faham.

Bukan apa, sekurang-kurangnya kita cuba untuk menyelesaikan masalah. Selepas usaha untuk berbaik, biarkan mereka untuk menentukan apa tindakan mereka seterusnya.

  1. Bersemuka dan berbincang secara privasi dan bersifat jujur
  2. Elakkan dari melakukan perkara yang sama seperti mengata di belakang atau mengumpat orang.
  3. Elakkan daripada menuduh orang lain kerana boleh mengundang kemarahan dan menyukarkan untuk berbincang secara baik.
  4. Jadi individu yang lebih baik. Bak kata pepatah “Things Happened for a Reason” atau “Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya”. Mungkin lebih baik muhasabah diri dan memperbaiki diri supaya kita lebih disenangi oleh rakan-rakan.

via GIPHY

Untuk mengekalkan sesebuah hubungan lebih lama, tegur dengan sopan jika kawan kita ada buat salah. Bukan mengata belakang dan jika diri mereka ada kekurangan, tak salah kalau kita melengkapkan kekurangan tu.

Rasanya semua agama mengajar supaya sentiasa menjaga hubungan antara sesama manusia dan tidak berkata buruk tentang orang lain. Hidup ni bukan satu perlumbaan jadi jangan cari musuh, enjoy your life!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

‘Simple’ Dan Murah, Ini Resepi Kek Buah Kukus Lembut Dan ‘Moist’

Turki kutuk perjanjian Bahrain dan Israel

 

 

 

Sumber: facebook

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *