Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Yuni Shara Hilangkan Rasa Sunyi Berbual Dengan Pokok. Jika Kesunyian, Cuba Juga Cara Lain Ini

today23 December 2020

Background

Kesunyian ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, dan ia adalah sesuatu yang biasa terjadi. Bahkan golongan ternama atau artis juga, walaupun nampak bahagia, boleh juga berasa sunyi.  Penyanyi popular Indonesia, Yuni Shara mengakui kehidupannya kini sepi. Jadi bagi menghilangkan rasa sunyi, dia dikatakan dia sering berbual dengan tumbuhan sebagai terapi bagi menghilangkan perasaan itu.

Pengakuan itu dibuat ketika bakal suami anak saudaranya yang juga selebriti media sosial, Atta Halilintar berkunjung ke rumah Yuni untuk membuat rakaman video YouTube. Yuni mengakui hidupnya sepi dan sering beralih kepada pokok-pokok yang ditanamnya untuk dijadikan teman berborak.

“Berbual dengan tanaman membuatkan saya lebih bersyukur dengan kehidupan,” katanya.

Menurut kakak kepada Kris Dayanti itu, dia berasa lebih damai dan seperti ada connection dengan tumbuhan-tumbuhan itu selepas mula berbual dengan ‘mereka.’ 

Mungkin ada yang merasakan tindakan ini pelik, tapi sebenarnya ia juga adalah salah satu kaedah dan juga terapi untuk mengubati perasaan sunyi. Selain apa yang dilakukan oleh Yuni, ini antara cara lain untuk menghilangkan rasa sunyi.

Berjumpa Dengan Individu Lain Untuk Bersosial

Sebagai manusia, kita kena akur bahawa kita merupakan spesis yang sosial. Maknanya untuk kelangsungan hidup yang lebih sejahtera, kita perlu bersosial dengan orang lain. Mungkin ada di antara anda yang rasakan boleh hidup sendirian, hakikatnya anda tetap akan berkomunikasi dengan orang lain dalam kehidupan seharian. Salah satu kunci kepada menghilangkan rasa sunyi adalah dengan interaksi sosial. 

Kurangkan Penggunaan Smartphone

Tak dapat dinafikan penggunaan telefon pintar ini sudah menjadi satu kewajipan buat kita semua dalam seharian. Jika dahulu ia digunakan untuk tujuan telekomunikasi sahaja, namun sekarang turut digunakan bagi tujuan kerja dan belajar. Walaupun ketika anda melayari laman media sosial membuatkan anda rasa kurang sunyi, namun apabila terlihat kehidupan individu lain yang lebih bahagia, anda mula membandingkan dengan diri anda. 

 

Apabila anda terlihat kehidupan orang lain yang keluar melancong bersama keluarga, atau berjalan bersama kawan-kawan, secara tak langsung anda akan berasa sunyi. Jadi, kurangkan masa anda di ruangan media sosial.

Luahkan Rasa Kesunyian Melalui Penulisan

 

Aktiviti menulis bukan sahaja boleh melibatkan pemikiran berkenaan dengan peristiwa masa lampau atau apa yang berlaku sekarang. Ini bermakna corak pemikiran mereka yang menulis melibatkan masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Kebanyakan individu juga cenderung untuk menulis apa yang mereka sukar untuk ungkapkan. Apabila apa yang terbuku dalam hati telah ditulis, pasti hati akan berasa sedikit lega. Bagi yang meminati penulisan, tentu boleh kongsikan ia di ruangan platform tertentu untuk dibaca oleh individu lain juga.

Sertai Kelas Atau Aktiviti Berkumpulan

Ini juga satu bentuk interaksi sosial. Walaupun semua yang bakal kita jumpa tu nanti adalah strangers, namun ianya baik untuk mengisi ruangan interaksi sosial yang dah lama kita tinggalkan tu. Anda boleh sertai kelas memasak, aktiviti riadah ataupun kerja-kerja sukarelawan. Selain dapat mencipta hubungan baru dengan individu lain, masa anda juga terisi dengan aktiviti berfaedah. Secara tak langsung, rasa sunyi yang ada sebelum ini akan hilang.

Yang terakhir sekali adalah nikmati keindahan alam semula jadi, iaitu sama dengan apa yang dilakukan oleh Yuni Shara itu. Menurut kajian, Menghabiskan masa di kawasan yang dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi boleh memberikan kesan fisiologikal dan psikologikal yang positif. Jadi kalau sunyi, cubalah lakukan perkara-perkara yang dicadangkan ini.

Baca juga artikel menarik lain:

‘Aben Ke Babun?’ – Berang Persenda Panggilan Manja, Raja Afiq Bakal Ambil Tindakan Undang²

Kisah Kentut Yang Membawa Kematian Kepada 10,000 Orang?

Sumber daripada: Kosmo & Hello Doktor

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Beria Main Air Banjir, Netizen Dekah Tengok Pak Cik Ini Terlangkup Macam Kura-Kura

Lebih-lebih lagi di kawasan kampung, di mana air banjir cepat naik dan rumah mudah ditenggelami air kerana berdekatan dengan sungai.Jadi, tidak hairanlah kalau kita nampak ramai yang seronok bermain air banjir walaupun ditimpa musibah.Sama seperti video yang tular di laman aplikasi TikTok baru-baru ini apabila seorang pengguna telah memuat naik video seorang lelaki yang sedang seronok bermain air banjir.Namun belum sampai 10 saat, lain pula yang jadi sehingga video itu […]

today23 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *