Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Kuah Graffiti Festival (KGF) X Meeting of Styles (MOS) anjuran Balai Seni Negara Cawangan Langkawi bermula 27 hingga 30 Oktober 2023 bertempat di Tapak Hospital Lama Kuah, Langkawi, Kedah. Program ini bermatlamat untuk memperkenalkan seni graffiti kepada komuniti setempat, memupuk kreativiti serta mempromosikan Langkawi sebagai pusat seni bandar.
Terdapat pelbagai pengisian yang menarik. Antaranya Pameran Seni Graffiti, perhimpunan global artis graffiti Meeting of Styles (MOS), serta program sokongan seperti bengkel asas lettering grafiti, bengkel doodle, dan bengkel mencetak.
Ikuti instagram @naglangkawi dan facebook Balai Seni Negara Langkawi untuk maklumat lanjut.