Nama Khairul Aming trending lagi di Twitter baru-baru ini. Kali ini bukan kerana Sambal Nyet atau content nya yang popular ’30 Hari 30 Resepi’ tetapi kerana gambar juadah sahur yang dikongsikan olehnya di Twitter.
Kebiasannya Khairul Aming akan berkongsikan resepi-resepi berbuka puasa. Tak hairanlah jika kita sediakan makanan yang sedap-sedap dan berusaha lebih dalam menyediakan juadah berbuka puasa selepas seharian menahan lapar dan dahaga.
Baca juga: “Sambut 4 Orang Anak Dengan Baju Yang Sama..” – Eizlan Yusof Timang Cahaya Mata Ke-4
Namun, jarang sekali buat mereka yang berpuasa untuk menyediakan juadah sahur yang lengkap. Kebanyakkan orang akan bangun dan minum air sahaja ataupun makan sahaja apa yang mudah dan tersedia ketika itu. Ada juga yang sanggup pergi ke mamak pada waktu sahur daripada bangun awal pagi untuk memasak lagi-lagi bila bujang dan tinggal pula sendirian. Lagilah tak bersemangat untuk ke dapur menyediakan juadah sahur.
Lain pula dengan selebriti masakan ini, Khairul Aming dilihat berkongsikan satu tweet di mana dia meminta supaya pengikutnya di Twitter mengejutnya daripada tidur pada pukul 4.30 pagi kerana dia ingin memasak.
Ingatkan main-main sahaja, namun beberapa jam kemudian Khairul Aming kembali dan berkongsikan gambar juadah sahur yang dimasak olehnya. Bukan satu hidangan tetapi ada 4 hidangan yang dimasak tau. Ada sup ayam, ayam goreng berempah, bok choy masak tiram & juga telur mata kicap. Wah, ini dah macam nak berbuka ni.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji kerajinan Khairul Aming. Rata-rata tertanya apakah tips atau rahsia Khairul Aming sehingga dia boleh rajin memasak lagi-lagi untuk juadah bersahur. “Ibarat lauk berbuka..” itulah yang dikatakan wargamaya.
Anda pula jenis yang macam mana? Sebenarnya tak kisahlah juadah apa pun yang anda hidang dan makan pada waktu sahur, asalkan ia mampu memberikan anda tenaga sepanjang hari itu pun sudah memadai.
Baca juga: Khairul Aming Kembali Dengan 30 Hari 30 Resepi Ramadan
Sumber: Khairul Aming