Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

LBS catat keuntungan empat kali ganda suku ketiga, umum dividen khas

today30 November 2024

Background


PETALING JAYA – Pemaju hartanah, LBS Bina Group Berhad (LBS atau Kumpulan) mencatatkan keuntungan empat kali ganda bagi prestasi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2024.

Disokong oleh operasi berterusan, keuntungan selepas cukai dan kepentingan tanpa kawalan (PATMI) Kumpulan telah meningkat empat kali ganda kepada RM164.5 juta.

Ia juga didorong oleh keuntungan one-off selepas cukai sebanyak RM136.9 juta hasil pelupusan pelaburan dalam Zhuhai International Circuit Ltd (ZICL) yang secara signifikan meningkatkan keuntungan keseluruhan. 

Di samping itu, pelupusan ZICL yang membuka nilai terpendam tanah tersebut bukan sahaja mengukuhkan kedudukan kewangan LBS, tetapi juga membolehkan Kumpulan memberi tumpuan kepada penciptaan nilai jangka panjang.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Datuk Sri Ir. Dr. Lim Hock San berkata, sejajar dengan keuntungan itu, LBS telah mengumumkan dividen khas sebanyak 2.6 sen sesaham yang akan dibayar pada 30 Disember 2024. 

Pengerusi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: ZUBAIDAH IBRAHIM


Previous post

Hiburan Semasa

Angan ‘raja filem seram’

PENANTIAN selama 17 tahun berakhir dengan kehadiran sekuel filem seram yang pernah mencetuskan fenomena, Jangan Pandang Belakang dengan judul baharu iaitu Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu (JPB2). © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today30 November 2024