PETALING JAYA – Lebih RM10 juta nilai tambah berjaya dijana melalui perolehan dua unit stesen janakuasa arang batu super kritikal ultra 1,000 megawatt, melibatkan Penyedia Program Kolaborasi Industri (ICP), Toshiba Energy Systems & Solution Corporation (TESSC).
Projek Stesen Janakuasa 3B itu yang dianugerahkan kepada anak syarikat TNB, Jimah East Power Sdn. Bhd. (JEP) oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga pada 2014 disyaratkan untuk mematuhi keperluan ICP seperti yang digariskan dalam Dasar ICP.
Technology Depository Agency (TDA), agensi yang diberi mandat oleh Kementerian Kewangan (MOF) untuk mengurus, mentadbir dan memantau pelaksanaan ICP dilantik bagi mentadbir perkhidmatan pengurusan offset bagi projek berkenaan.
Program ICP bagi projek itu merangkumi pemindahan teknologi daripada TESSC kepada JEP, TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd. dan TNB Integrated Learning Solution dalam usaha untuk membangunkan kepakaran tempatan melalui latihan simulator di Stesen Janakuasa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: