Kata lelaki itu punca dia melakukan tindakan berkenaan selepas merasa marah kerana ada ahli keluarga yang meninggal di Palestin.
“Saya tampal bendera Israel di kedai makanan segera itu sebab saya marah, selepas ada keluarga saya meninggal dunia di Palestin,” katanya kepada sumber.
Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Nurul Hafzan Ab Aziz.
Mahkamah memerintahkan pelaku untuk dipenjara selama sehari, jika gagal membayar denda berkenaan.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret menasihati tertuduh supaya memikirkan akibat perbuatan yang dilakukannya.
“Kalau kamu buat begitu, adakah ia akan menjadi keadaan yang lebih baik,” kata Nurul Hafzan.
Semasa kejadian, lelaki itu yang memakai baju kemeja didakwa meletakkan pelekat bendera Israel yang mana keamanan pekerjanya mungkin terganggu di restoran berkenaan di Batu 10, Jalan Hulu Langat pada jam 4.42 petang, 29 Mei…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: