Mangsa kemudian menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya yang pulang ke rumah pada petang 28 Ogos. Sejurus itu, ibunya membawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) sebelum hasil pemeriksaan mendapati remaja berkenaan telah dirogol.
Wanita itu kemudian membawa anaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada jam 10 malam pada hari yang sama.
Sementara itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di sebuah taman perumahan tidak jauh dari lokasi kejadian.
Malah, adik mangsa berumur 11 tahun mendakwa bahawa dirinya juga pernah menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh bapa kandung mereka itu.
Kes rogol disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi kes amang seksual fizikal pula, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang juga memperuntukkan hukuman penjara hingga 20…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: