Sebab itulah, ramai para suami ‘surrender’ awal kalau teman mereka ini berjalan. Kadang-kadang, tujuan asal nak cuci mata saja. Tiba-tiba banyak pula beg plastik di tangan.
Sama seperti sebuah video yang tular di laman X ini, apabila seorang lelaki menurunkan isterinya di pasar malam untuk membeli sayur sawi. Namun lain pula yang terjadi.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ricxxxkiddo, kelihatan lelaki itu memesan kepada isterinya supaya hanya membeli sayur sawi saja di pasar malam tersebut.
“Ingat awak jangan beli banyak sangat tau, beli apa ingat. Sawi, sawi! Haa bakul dah penuh ni ha,” katanya.
Si isteri pada mulanya mengiyakan saja pesanan suaminya. Namun, beberapa minit kemudian dia datang semula dengan membawa banyak plastik di tangan.
“Aku dah agak dah, sekali sawi entah kemana,” kata suaminya lagi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: