Kejujuran dan kepercayaan merupakan aspek penting dalam mewujudkan satu hubungan yang bahagia dan harmoni. Tanpa adanya sifat ini, kemungkinan sesuatu perhubungan itu tidak akan berkekalan.
Itulah nasib yang menimpa seorang lelaki ini apabila dia membuat keputusan untuk menuntut ganti rugi kepada isterinya selepas ‘pembohongan’ si isteri selama ini akhirnya terbongkar.
Memetik laporan Detik News, lelaki yang dikenali dengan nama Yulian Aprianto ini mengakui sangat terkilan kerana isteri yang disanjung dan disayangi selama ini tergamak menipunya sepanjang 13 tahun mereka berkahwin. Siapa sangka rupa-rupanya wanita yang dikahwininya itu bukanlah bujang seperti yang dimaklumkan sebaliknya pernah berkahwin.