Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Lesen My Jet dibatalkan – Kosmo Digital

today16 May 2024

Background


PETALING JAYA – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) bagi syarikat penerbangan kargo berjadual My Jet Xpress Airlines Sdn. Bhd. (My Jet). 

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, keputusan ini dibuat berkuat kuasa mulai 2 Mei lalu ekoran pembatalan Perakuan Pengendali Udara (AOC) No. 40 My Jet oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Menurut beliau, pembatalan ASL ini dibuat menurut subseksyen 43(3) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771]. Akta 771 menggariskan bahawa sekiranya pemegang ASL terhenti daripada memegang AOC yang sah, ASL yang dikeluarkan oleh Mavcom hendaklah disifatkan telah dibatalkan berkuat kuasa mulai tarikh pemegang ASL terhenti daripada memegang AOC.

“Dengan pembatalan ASL ini, My Jet dilarang bagi membawa melalui udara atau menggunakan mana-mana pesawat bagi membawa mel atau kargo untuk sewa atau upah dalam perjalanan berjadual atau tidak berjadual…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post