PETALING JAYA – Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines, telah menerima penghantaran pesawat A330neo pertamanya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Airbus, pesawat A330-900 ini adalah yang pertama daripada 20 unit yang disewa daripada Avolon oleh MAG dan ia menetapkan piawaian baharu untuk kecekapan bahan api dan pengalaman penumpang.
A330neo MAG dikonfigurasikan dengan susun atur premium dua kelas.
Jelas kenyataan tersebut, pesawat itu menampilkan 297 tempat duduk, termasuk 28 suite kelas perniagaan yang boleh dibaringkan sepenuhnya serta kabin ekonomi baharu yang mampu memuatkan 269 penumpang.
Penumpang akan menikmati ruang peribadi yang lebih luas, ruang penyimpanan di atas kepala yang lebih besar, kualiti udara yang dipertingkatkan, serta hiburan dalam penerbangan terkini dan sambungan Wi-Fi berkelajuan tinggi.
“Malaysia Airlines akan menggunakan pesawat ini untuk laluan di seluruh Asia dan Pasifik, serta pada laluan terpilih ke Timur Tengah,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: