Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MAHB bantu 1,000 mangsa banjir di Sepang

today21 December 2021

Background


PETALING JAYA – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) membantu lebih daripada 1,000 mangsa banjir dan keluarga mereka di sekitar Sepang dengan serahan makanan serta barangan keperluan di bawah inisiatif #MYAirportCARES.

Golongan dibantu termasuk mangsa banjir yang mencari perlindungan di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA disebabkan akses jalan raya ke rumah mereka ditutup sementara.

Keluarga mangsa diberikan makanan dibungkus, makanan segera, makanan kering, kit kebersihan dan produk penjagaan bayi.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, daerah Sepang antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

“Ramai yang terjejas merupakan kakitangan lapangan terbang dan kami melakukan yang terbaik untuk membantu dengan pasukan utama dengan kekuatan 30 sukarelawan ditugaskan untuk menghantar bantuan.

“Buat masa ini, kami menyediakan barangan keperluan sebagai respons pertama dan setelah air mula surut, kami akan turut membantu proses…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post