Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MAHB salur RM3.7 juta buat kakitangan terjejas banjir

today6 January 2022

Background


PETALING JAYA – Malaysia Airports menyediakan peruntukan RM3.7 juta untuk membantu kakitangannya yang terjejas ekoran bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung baru-baru ini.

Ia termasuk RM3 juta sumbangan tunai kepada 1,034 kakitangan Malaysia Airports yang terlibat serta pelbagai jenis bantuan dijalankan semasa banjir seperti misi menyelamat, penyediaan penempatan sementara, bantuan keperluan asas dan pembersihan kediaman yang terjejas.

Sejumlah RM700,000 turut diagihkan melalui program Zakat Wakalah kepada mangsa yang berkelayakan, manakala usaha akan diteruskan untuk menolong mangsa yang menghadapi kesukaran.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, sebaik dimaklumkan tentang keadaan kakitangannya yang terjejas, pihaknya segera mengaktifkan inisiatif bantuan #MYAirportCARES berdasarkan keperluan semasa ketika itu.

“Sememangnya bencana banjir telah memberi kesan yang teruk kepada mangsa, lebih-lebih lagi dengan permulaan tahun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Nasional

Jin Wei pilih KLRC

KUALA LUMPUR: Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) menandatangani bekas pemain badminton perseorangan wanita kebangsaan, Goh Jin Wei yang membuat ‘pusingan U’ untuk kembali bersaing di peringkat kompetitif selepas mengumumkan persaraannya, September lalu.

today6 January 2022