Majestic Johor Festival 2023 anjuran Tourism Johor dengan kerjasama pelbagai agensi bakal Berlangsung pada 26 Ogos hingga 3 September ini di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor.
Menarik pada kali ini menampilkan pelbagai pengisian aktiviti antaranya pameran JDT FC dan sesi ‘Meet & Greet’ bersama pemain-pemain JDT secara eksklusif, pertunjukan belon panas, Majestic Johor Tourism Award, persembahan konsert oleh artis anak-anak Johor, kostum ‘superhero’, pameran dan jualan, himpunan ‘vendor’ daripada selebriti tempatan, fiesta kopi, bazaar dan banyak lagi.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang mengikuti acara tahunan kedua ini dengan menyaksikan Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 27 Ogos, pertunjukan bunga api dan malam ambang merdeka pada 30 Ogos serta acara kemuncak iaitu Perarakan Street Parade pada 3 September.
Jumpa anda di Puteri Harbour, Iskandar Puteri pada 26 Ogos hingga 3 September nanti!
Maklumat lanjut, layari laman sosial media Tourism Johor.