Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @equeen_esmae di laman X, wanita itu memberitahu bahawa polis yang bertugas di balai tersebut bertindak lambat membuat tangkapan terhadap orang gajinya itu.
Dia terpaksa menunggu selama dua jam dan akhirnya bertindak untuk menangkap sendiri orang gajinya yang didakwa mencuri RM12,000 barang kemas, duit, minyak wangi, makeup, jambangan duit, bagasi dan kasut kepunyaannya.
“2 jam tunggu minta balai buat tangkapan dekat lokasi cuma 7 minit tapi polis datang naik motor je, kecewa sangat-sangat. Barang curi semua kena rampas. Menguntungkan bibik je kalau jadi macam ni,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: