Mari kenali dengan lebih mendalam berkenaan keperibadian Sasterawan Negara ke-14, YBhg. Datuk Dr. Siti Zainon binti Ismail. Cabaran, harapan, dugaan serta pengalaman kehidupan beliau kesemuanya dirangkum dalam Dokumentari Khas Kalam Karyawan ini.
Begitu juga dengan ‘Naskhah 1631’. Koleksi tertua milik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ini mempunyai 1001 kisah di sebaliknya. Menyorot perjalanan panjang naskhah yang berasal dari Kota Rom, Itali sehingga selamat tersimpan di PNM. Pasti anda tertanya-tanya, apa istimewanya koleksi nadir yang berusia 391 tahun ini?
Kami bawakan kepada anda…
Dengan penuh eksklusif..
Tidak pernah dirakam dan disiarkan sebelum ini..
Kami menjemput anda semua untuk bersama kami secara dalam talian pada 26 Oktober 2022(Rabu) melalui pautan Youtube PNM TV Channel.
Semua dijemput menyertainya. Penyertaan percuma.
Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my