Skuad Harimau Malaya berpotensi berada dalam kelompok ranking 120 pasukan dunia pada penghujung tahun ini sebelum ke hadapi saingan Piala Asia 2023 bulan Januari 2024 nanti.
Ketika ini Malaysia telah melonjak 7 anak tangga sehingga ranking 130 dunia selepas mengejutkan Kyrgyzstan 4-3 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Artikel Berkaitan:
Hasil kemenangan ke atas pasukan ranking 97 dunia tersebut menyaksikan Malaysia memperolehi tambahan sebanyak 15.49 mata ranking FIFA dan ia juga adalah kemenangan pertama Harimau Malaya ke atas pasukan 100 terbaik dunia dalam kempen kelayakan Piala Dunia.
Secara keseluruhan, Malaysia telah mengumpul 1112 mata sekaligus semakin menghampiri sasaran berada dalam kelompok ranking 120 dunia.
Bagaimanapun, kedudukan itu masih belum muktamad kerana perlu mengambil kira beberapa keputusan perlawanan membabitkan negara lain dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.
Namun begitu, skuad kendalian Kim Pan Gon…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: