Laporan terkini Pemantau Ekonomi Malaysia (MEM) Bank Dunia ke-30 yang dikeluarkan pada Oktober 2024 menunjukkan kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran di negara ini, meningkat kepada 37.3 peratus pada 2022 berbanding 27.2 peratus pada 2010.
“Satu kajian dibuat Bank Dunia pada 2020 juga melaporkan lebih 40 peratus syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan menghadapi kesukaran mencari pekerja yang mempunyai kemahiran kepimpinan, komunikasi, menyelesaikan masalah dan kemahiran umum teknologi maklumat (IT),” katanya.
Beliau berkata, keadaan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran itu juga wujud apabila ramai pencari kerja mungkin tertarik waktu kerja yang fleksibel menyebabkan mereka berminat pekerjaan berkaitan ekonomi gig, sekali gus menjauhi pekerjaan berkemahiran tinggi.
Katanya, dalam ekonomi gig, pekerja bebas bekerja di mana-mana sahaja dan bila masa mereka mahu, malah ada yang mampu menjana pendapatan sama dengan pekerjaan formal.
Bagaimanapun, katanya,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: