Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas berjaya menewaskan Chinese Taipei 1-0 pada aksi kedua yang berlangsung di Stadium Perbandaran Taipei sebentar tadi.
Masih segar dengan kemenangan dramatik di laman sendiri tempoh hari, Kim Pan-gon membuat empat pertukaran dalam barisan kesebelasan utamanya dengan membawa masuk Junior Eldtstal, Irfan Fazail, Akhyar Rashid dan Paulo Josue.
Artikel Berkaitan:
Beraksi di gelanggang lawan jelas langsung tidak menganggu rentak barisan pemain negara untuk lebih mendominasi aksi.
Keadaan itu menyaksikan Akhyar menjelmakan peluang terbaik pada minit ke-28 tetapi ledakannya dalam kawasan penalti selepas berjaya melepasi kawalan pertahanan tuan rumah sedikit melewati palang gol.
Memasuki minit ke-40 giliran Stuart Wilkins pula hampa selepas percubaan voli menarik dilakukannya di luar kawasan penalti ditepis keluar penjaga gol, Pan Wen-Chieh.
Berselang tiga minit kemudian,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: