Menerusi perkongsian akaun TikTok milik @izzat_khairuddin atau nama sebenarnya Muhammad Izzat Mohd Khairudin, hubungannya bersama kekasih yang terbina selama 13 tahun itu juga tidak berkekalan lama.
Berkata kepada sumber, dia memberitahu takut akan terkena ‘badi’ walaupun sudah lapan kali menjadi pengapit.
“Saya rasa mungkin terkena badi sebab jadi pengapit lapan kali. Orang-orang tua dulu pun pernah kata kalau (jadi pengapit) lebih dari tiga kali, jodoh mungkin akan lambat.
“Jadi mungkin ada betulnya kata orang-orang tua itu. Sampai sekarang jodoh tak sampai walaupun umur saya sudah hampir 30 tahun,” katanya
Malah, dia cuba menjalin hubungan baharu selepas perpisahan tersebut namun ia tidak bertahan lama.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia membuat keputusan untuk berhenti menjadi pengapit sejak tahun 2021 meskipun menerima banyak permintaan daripada keluarga dan sahabatnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: