Kebiasaannya, pusat beli-belah Space U8 ini akan menjadi ‘port’ menonton wayang kerana tidak begitu ramai dan sesak.
Namun, baru-baru ini MBO Cinemas telah mengumumkan berita sedih mengenai salah satu cawangan mereka itu.
Menerusi sebuah kenyataan di Facebook, MBO Cinemas telah mengumumkan akan menutup pawagam mereka yang berada Space U8, Shah Alam itu sepenuhnya pada 29 September ini.
Pihaknya juga mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang tidak jemu mengunjungi pawagam tersebut.
“Dengan berat hati, kami mengumumkan hari terakhir operasi MBO Space U8 adalah 29 September 2024. Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan daripada anda,” tulisnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: