Difahamkan, isu berkenaan akan dibincangkan dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan jaminan sudah diberikan kepada wakil industri hotel pada pertemuan di Parlimen.
“Pada masa ini, industri perhotelan tidak menikmati keutamaan apabila memohon pengambilan pekerja asing, malah bilangan negara sumber yang dibenar membekalkan pekerja asing amat terhad dan menjejaskan tenaga kerja.
“Saya akan berbincang dengan jabatan berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung perkara ini termasuk memberi kemudahan kepada pengusaha hotel mengambil pekerja asing secara terus tanpa melalui perantara,” katanya lagi.
Isu waktu penginapan hotel bangkit selepas pengguna mempersoalkan tindakan sesetengah hotel menetapkan waktu daftar masuk ke premis bermula jam 4 petang, manakala daftar keluar adalah pada jam 11 pagi keesokan harinya.
Sebagai langkah penyelesaian lain, King Sing turut mengarahkan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: