Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Miliki Pelbagai Kesalahan Trafik, JPJ Melaka Tahan Sekumpulan Remaja Guna Nombor Plat ‘Langek’

today20 November 2023

Background
JPJ Negeri Melaka tahan remaja bawa motosikal guna nombor plat 'Langek'.


Baru-baru ini Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka (JPJ Melaka) menahan sekumpulan remaja bermotosikal yang telah melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.

Ketiga-tiga remaja itu ditahan semasa anggota JPJ Melaka membuat rondaan di sekitar kawasan Rehat & Rawat Jejantas Ayer Keroh menghala ke Selatan.

Artikel Berkaitan:

Antara kesalahan paling ketara kelihatan adalah ketiga-ketiga motosikal itu menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi dengan bertulis – ‘LANGEK 43100’.

Menurut hantaran FB JPJ Melaka, kumpulan remaja itu turut dikesan membuat kesalahan tiada lesen memandu, pengubahsuaian swingarm, tiada brek belakang dan lain-lain kesalahan teknikal.

“Masyarakat terutamanya yang mempunyai anak remaja diingatkan supaya tidak membenarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen.

“Pastikan motosikal tidak berlaku sebarang pengubahsuaian supaya keselamatan pengguna jalan raya yang lain boleh dipelihara dan ketenteraman masyarakat tidak terganggu,” kata JPJ…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post