Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Misi Bina Masjid Baiturrahman Alam Sari, Jawatankuasa Mengalukan Sumbangan Orang Ramai

today1 April 2022

Background


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut melakukan lawatan kerja melihat perkembangan pembangunan masjid itu pada 26 Mac lalu.

Malah pada masa sama, berlangsung majlis ramah mesra dengan Jawatankuasa Pembangunan masjid itu.

“Masjid ini akan menjadi mercu tanda baru untuk kawasan itu. Pihak kerajaan negeri juga akan mencuba mencari lebihan dana diperlukan. Malah pada masa sama, pihak pengurusan masjid juga akan meneruskan kutipan yang dilakukan,” kata Datuk Seri Amirudin Shari.

Sementara itu, pendakwah terkenal yang turut dilantik sebagai duta masjid berkenaan, Ustaz Elyas Ismail memuji sikap pemurah penderma dan penginfaq.

“Yang menariknya dalam tempoh kita diuji dengan pandemik COVID-19, hingga ramai terkesan tapi Alhamdulillah penyumbang kepada pembangunan masjid ini tak pernah lokek dan tak pernah berhenti menyumbang.

“Ada sumbang wang ringgit, ada bagi barang kemas dan macam-macam lagi demi melihat pembangunan masjid ini siap,” kata Ustaz Elyas Ismail.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post