Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Muhammad Akil Syauqi Termakan Keropok Beracun Meninggal Dunia

today10 July 2024

Background


Seorang daripada dua beradik yang kritikal selepas termakan keropok beracun yang dipercayai mengandungi racun tikus yang bertempat di Kampung Padang Ubi, Labu Besar kini dilaporkan sudah meninggal dunia pada hari ini.

Menurut Berita Harian, Muhammad Akil Syauqi, 3, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), sementara adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, masih dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, berkata kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi tadi.

Di dalam kejadian Ahad lalu, dua beradik lelaki itu berada tahap kritikal selepas memakan sepaket makanan ringgan berupa keropok yang disyaki mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi.

Makanan ringan itu didakwa digantung pada pagar dawai dipasang oleh pemilik kebun, yang dikatakan bagi tujuan memerangkap monyet yang mengancam tanaman di situ.

Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post