Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin Yassin dan seluruh ahli jemaah menteri susulan sesi mengadap di Istana Negara yang berlangsung pada jam 12.30 tengah hari tadi.
“Jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan dewan rakyat, perdana menteri hendaklah meletak jawatan.
“Saya ingin memohon maaf atas kesilapan dan kelemahan saya dalam memerintah. Saya dan ahli jemaah menteri sudah buat yang terbaik untuk hadapi pandemik yang kita hadapi ketika ini. Saya berharap kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera supaya negara dapat berjalan seperti biasa.
“Untuk vaksin pula, tidak perlu risau kerana kabinet saya telah menempah dos vaksin cukup untuk semua rakyat Malaysia. Kadar vaksinasi kita antara yang tertinggi dan pantas di dunia. Saya yakin kita dapat keluar daripada kemelut pandemik ini secepat mungkin,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: