Walaupun sudah berada di era canggih sebegini, rupanya masih ada insan yang tidak bernasib baik kerana tidak dapat fasiliti keperluan yang lengkap di dalam kehidupan seperti orang lain.
Satu perkongsian di media sosial yang tular baru-baru ini telah meruntun hati ramai apabila kesusahan seorang kanak-kanak lelaki yang terpaksa bergadai nyawa hanya untuk ke sekolah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @borakviral, kelihatan seorang murid lelaki menggunakan besen sebagai perahu sambil mendayung dengan kedua-dua tangan kecilnya.
Sudahlah sungai yang dilaluinya terbentang luas, ditambah pula kedalaman air yang cukup ngeri buat insan kecil itu.
Hal ini sekaligus mencetuskan pelbagai kritikan negatif kerana kawasan pendalaman di Borneo turut dihuni dengan buaya dan juga binatang liar lain yang merbahaya.
Sudah pasti aspek keselamatan kanak-kanak itu menjadi topik hangat selain ramai yang mempersoalkan di manakah ahli politik yang menyelia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: