Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Nampak Kelibat Gadis & Kena Cekik, Pasangan Pulangkan Patung Hello Kitty Dipercayai Berhantu

today16 July 2022

Background


Sepasang kekasih di Thailand dipercayai mencuri patung Hello Kitty yang dijumpai dari bangkai sebuah kereta di tapak pelupusan sampah. Namun begitu, mereka bertindak memulangkan semula kerana percaya bahawa patung terbabit berhantu!

Baca juga: Gadis Usia 14 Tahun Disantau Gara-Gara Dapat Nombor 1 Di Sekolah?

DIJUMPAI DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH TAPI PATUNG HELLO KITTY DALAM KEADAAN SEMPURNA

Menerusi laporan Thaiger, kereta terbabit remuk selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada Mei lalu dan pemandu kereta berkenaan maut. Susulan daripada itu, keretanya dibawa ke tapak pelupusan sampah di wilayah Kamphaeng Phet, Thailand.

Namun apa yang lebih aneh adalah anak patung gergasi pemilik kereta itu ditinggalkan di tempat duduk belakang dengan keadaan yang sempurna.

Dalam pada itu, rakan mangsa memberitahu bahawa mereka ingin membeli anak patung terbabit untuk mendiang sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya.

Beberapa hari lalu, kamera litar tertutup (CCTV) merakam seorang lelaki…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anis Affandi


Previous post