Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Negara mampu capai pertumbuhan tiga peratus

today10 February 2022

Background


PETALING JAYA – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku keempat tahun 2021 dilihat mampu mencapai pertumbuhan kukuh, dianggarkan pada kadar sekitar tiga peratus.

Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini bersandarkan kepada petunjuk positif dalam beberapa sektor utama negara yang mencatat pertumbuhan menggalakkan.

“Saya lihat unjuran pertumbuhan positif dalam  lingkungan tiga peratus adalah satu angka yang  realistik, berikutan beberapa siri pertumbuhan merangkumi pelbagai sektor yang dilaporkan Jabatan Perangkaan pada suku keempat.

“Antaranya jumlah jualan sektor perkhidmatan telah menunjukkan peningkatan 5.3 peratus kepada RM460 bilion, manakala jualan sektor pembuatan pula meningkat 15.5 peratus pada Disember lalu kepada RM143.9 bilion.

“Selain itu, perdagangan borong dan runcit juga merekodkan pertumbuhan empat peratus bagi keseluruhan tahun 2021 untuk merekodkan jualan sebanyak RM1.3 trilion,”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

Fokus pembaharuan undang-undang buruh – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menyeru kerajaan supaya menumpukan perhatian kepada pembaharuan undang-undang buruh dan produktiviti, berbanding memperkenalkan gaji minimum baharu. Pengerusinya, Datuk William Ng berkata, ketika pihak persatuan tidak menentang sebarang kenaikan munasabah dalam gaji minimum, kenaikan tersebut perlu selaras dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan produktiviti buruh. Jelas beliau, pembaharuan undang-undang buruh penting supaya selari dengan perkembangan ekonomi gig dan ekonomi […]

today10 February 2022