Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Niat Nak Beli Nasi Ayam, Tapi Dapat Nasi Babi Pula

today16 April 2025

Background
Babi


Seorang wanita di TikTok, @nuradelina.lyn, berkongsi pengalaman yang membuatkan ramai tersentuh dan tergelak kecil – niat asalnya nak beli Chicken Rice (Nasi Ayam) untuk anak-anak, tapi yang sampai ke rumah rupa-rupanya Roasted Pork Rice (Nasi Babi Panggang).

Dalam videonya, beliau menjelaskan bahawa kesilapan itu berpunca daripada dirinya sendiri yang tergesa-gesa ketika membuat pesanan melalui aplikasi penghantaran makanan.

“Niat nak beli Nasi Ayam untuk anak-anak tapi yang sampai Nasi Babi. Bukan rezeki, salah saya juga,” tulisnya dalam kapsyen.

Babi

Dalam ruangan komen, wanita itu menjelaskan bahawa dia hanya menaip “Chicken Rice” di ruangan carian aplikasi, dan memilih restoran secara rawak tanpa semak status halal kedai tersebut.

Ketika itu, dia sedang sibuk menguruskan anak-anak.

“Saya cari ‘Chicken Rice’, jumpa kedai ni. Ya, memang salah saya tak semak betul-betul. Tengah rushing. Makanan saya dah pulangkan semula kepada rider….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post