Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Nissan Serena baharu RM149,500 – Kosmo Digital

today7 July 2022

Background


KUALA LUMPUR – Pengedar dan pengimport kenderaan Nissan, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan model Se­rena S-Hybrid yang telah dipertingkat semalam, selepas membuka tempahan bulan lalu.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Tan Chong Motor Hol­dings, Daniel Ho, sebanyak dua varian ditawarkan iaitu Highway Star dan Premium Highway Star.

Katanya, ETCM telah memperkenalkan Nissan Serena sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya pada tahun 1997 dan sejak itu, lebih 45,000 unit telah dijual di seluruh negara.

“Tahun lalu, model ini menjadi MPV bersaiz sederhana bukan nasional yang paling laris di negara ini,” katanya ketika majlis pelancaran di Mid Valley Megamall semalam.

Tambah Ho, model itu masih mengekalkan enjin MR20DD 2.0 liter dengan bantuan motor elek­trik ECO untuk menghasilkan kuasa setinggi 150PS pada 6,000 rpm dan daya kilas 200Nm pada 4,400rpm, dipadankan dengan transmisi X-Tronic CVT.

“Dari segi kelengkapan, Nissan Serena S-Hybrid didatangkan standard…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: AFIFI HAFIZ MOHD NOR


Previous post