Menurut Nora, dia mengakui sebelum ini sudah banyak tertinggal solat fardhu semasa zaman remaja. Jadi, dia mula membiasakan diri untuk mengganti semula setiap kali lepas solat.
“Setiap kali saya solat fardhu saya akan tambahkan dengan qada solat. Contohnya Zohor empat rakaat, kemudian qada Zohor empat rakaat lagi sehingga saya tamat dalam hidup ni, selamanya.
“Pada awal masa saya buat tu saya memang nangis. Saya penat sangat. Saya cakap Ya Allah penatnya nak kena qada solat ni. Macam banyaknya nak kena buat.
“Tapi lama-lama dia dah okay. Lama-lama kalau solat sekejap tu rasa macam eh kejapnya. Sebab dia dah practice, kita jadi ketagih nak buat macam itu.
“InshaAllah, doakan saya. Nora cakap dekat anak-anak juga sebab memang kena qada solat. Dia membuatkan Nora lebih tenang. Ujian tu ada tapi bila nak handle tu lagi bijak sikit lah,” kongsinya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: