
KOTA KINABALU: Daerah Papar diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau bermula hari ini berikutan krisis bekalan air akibat kemarau melanda kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar dalam kenyataan, memaklumkan pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan dan maklumat diperoleh di lapangan yang diterima agensi dalam jawatankuasa tersebut.
Tindakan telah diambil oleh JPBD Papar untuk menangani masalah bekalan air di daerah itu antara lain dengan pengagihan air secara berjadual kepada penduduk menggunakan lori tangki air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Majlis Daerah Beaufort dan bomba.
JANS Papar akan memberi keutamaan kepada hospital, rumah ibadat, rumah warga tua dan sekolah, Majlis Daerah Papar memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan perumahan, manakala pejabat Parlimen Papar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: