Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Patut Tak Normalisasi Trend Kegagalan Menjadi Kebanggaan?

today20 October 2020

Background

Baru-baru ini kita disajikan dengan beberapa buah video dan kenyataan dari usahawan terkenal.

Katanya tidak perlu belajar tinggi-tinggi masuk universiti atau kolej bertahun lamanya kerana belum tidak sambung belajar juga mampu berjaya dengan pendapatan ratus ribu lebih tinggi dari mereka yang sambung belajar.

Malah, usahawan tersebut turut mempamerkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada orang ramai di mana keputusannya tidak meraih keputusan cemerlang tetapi mampu mencapai kehidupan yang mewah dan berjaya.

Perkara ini dibincangkan dalam Kool Chat bersama Perunding Motivasi, Fadzli Yusof tentang isu ini. Menurutnya, dalam kehidupan tiada istilah gagal tapi ada teladan, pengajaran dan pedoman.

Misalnya, kita pergi interview kali pertama tak dapat dan kita belajar dari cubaan pertama tu untuk bagi yang terbaik pada interview seterusnya dan kalau kita seorang jurujual sekalipun dan gagal jual barang pada 10 orang pun, jangan fikir gagal kerana dalam cubaan 10 kali itu akan pasti kita dapat meningkatkan keyakinan diri dan pengalaman dalam mengendali jual beli barang,”

Sumber; fyps

Dia turut menerangkan tentang anak muda sekarang seperti menormalisasikan kegagalan yang kononnya lebih bagus untuk tidak sambung belajar untuk mengecap kejayaan.

“Sebenarnya pucuk pangkal adalah pemikiran dan personaliti kita. Kalau SPM seseorang teruk dan perangainya sama sewaktu bekerja, tidak memikirkan inginkan perubahan dan hidupnya pasti akan kekal teruk dalam apa jua keadaan sekalipun,”

Lain orang, lain cara mereka untuk berjaya. Tak semestinya cara dia berjaya pada kita juga. Untuk dengarkan perbincangan yang lebih lanjut, klik saja disini.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ketahui Taktik ‘Cuci’ Duit Haram Yang Sering Digunakan. Awas Kepada Si Pelaku!

Isu Lolos Dari Bangunan SPRM, Lelaki Ini Bongkar Taktik Macau Scam!

 

 

 

 

Sumber: igahafizmahamad

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Seludup pelbagai dadah guna feri penumpang

Langkawi: Polis melumpuhkan rangkaian pengedaran dadah yang menjadikan feri penumpang sebagai medium selepas menahan tiga lelaki dalam tiga serbuan berasingan, kelmarin dan semalam. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam serbuan pertama pada 4.30 petang kelmarin, seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan dalam sebuah kereta di Kampung Sungai Kedak. "Hasil pemeriksaan, polis menemui dadah jenis syabu dan heroin seberat 101.7 gram (g) dan 98.7g yang... Klik untuk […]

today20 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *