Tambah Divyana lagi, beliau amat berminat menonton program-program berbentuk geografi menerusi YouTube dan berharap suatu hari nanti beliau dapat mengelilingi dunia, menimba lebih banyak ilmu berkenaan negara yang ingin dilawati seperti Ecuador yang terletak di Amerika Selatan.
Sementara itu ibunya, S Tenagari berkata, beliau bersama suami, S Prasath memang sedar minat anaknya yang sering meluangkan masa menonton program berkenaan ilmu pengetahuan am dan kenegaraan di YouTube.
“Kalau ibu bapa lain mungkin risau apabila anak sering menonton perkara-perkara tidak menentu di YouTube, tapi bagi anak kami, dia suka sangat mendalami ilmu berkaitan pelbagai negara. Saya lihat anak kami ini menonton YouTube bukan sekadar hiburan, tetapi dia belajar populasi, budaya dan mata wang pelbagai negara,” katanya.
Dalam pada itu, Perunding Kanan Rekod MBOR, Edwin Yeoh, berkata Divyana merekodkan pencapaian tertinggi dapat mengenal pasti 86 bendera, berbanding rekod 40 hingga 50 bendera yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: