Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelancong Warganegara Malaysia Maut Terjatuh Dari Hotel Di Phuket

today11 May 2025

Background


Menurut laporan Polis Thailand menerusi Harian Metro, mangsa yang berumur 25 tahun berasal dari Selangor, telah tiba di pulau peranginan itu pada 8 Mei bersama lebih 20 pelancong Malaysia yang lain.

Mangsa dilaporkan telah diaturkan sebilik bersama tiga orang rakannya sebelum dijumpai maut oleh petugas hotel kira-kira jam 1 pagi Jumaat (waktu tempatan).

Laporan Polis Thailand turut memaklumkan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di daerah Patong, Wilayah Phuket, pada 1.30 pagi Jumaat akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Jenazah dilaporkan telah dituntut oleh waris pada pagi Sabtu. Perkara itu disahkan oleh pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, ketika dihubungi.

“Pihak konsulat telah membantu menguruskan jenazah dari daerah Patong ke wilayah Sadao melalui jalan darat sehingga sempadan Bukit Kayu Hitam. Ahli keluarga mangsa dijadualkan membawa jenazah ke Sungai Buloh untuk urusan pengebumian,” menurut pihak Konsulat Malaysia.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Zaidi Aziz


Previous post

Sukan

Man City kempunan kutip tiga mata penuh

London: Manchester City dikejutkan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan tercorot, Southampton, sekali gus melambatkan usaha mereka untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

today11 May 2025