Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemain SRG Pilih Untuk Menyimpan Duit Dalam ASB Jika Menang MSC MLBB 2024

today15 July 2024

Background


Menerusi video tersebut, tular di TikTok apabila seorang lelaki sempat menemu bual seorang pemain dari Selangor Red Giants yang dikenali sebagai Sekys.

Dalam temu bual itu, lelaki berkenaan ada bertanyakan apakah yang dia akan lakukan jika menjadi juara jika memenangi wang kemenangan tersebut.

Dia kemudian terus menjawab akan menyimpannya kerana usianya yang masih muda. Malah, lelaki itu ada bertanyakan adakah dia akan membeli kereta dan dia memberitahu ia mungkin perancangan yang lain, tapi bukan dalam masa terdekat.

“For now memang nak simpan je dalam ASB.

“Kalau korang champion ke apa jangan terus rasa selesa comfort, teruskan hard work dan jangan give up,” pesannya.

SRG, selaku pemenang MSC edisi 2024 turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4.7 juta selain trofi MSC.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post