Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemandu Alza Rempuh Pelajar Cemerlang Dibebas Dengan Jaminan

today4 February 2025

Background
Pemandu Alza Rempuh Pelajar Cemerlang Dibebas Dengan Jaminan


Pemandu Perodua Alza yang merempuh lima kenderaan hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat-Ampang, di sini, kelmarin telah dibebaskan dengan jaminan, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap pemandu berusia 27 tahun berkenaan juga didapati negatif sebarang penggunaan dadah.

Baca Juga:

“Setakat ini polis masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Semakan ke atas rekod jenayah lampau juga mendapati pemandu berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod lampau,”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, seorang pelajar terbaik dunia dalam bidang perakaunan maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat.

Kemalangan tersebut berlaku selepas Perodua Alza didakwa ‘terlajak’ semasa melalui kawasan selekoh.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post