Menerusi perkongsian di platfrom Reddit, tular sebuah tangkap layar memaparkan mesej selepas seorang pemandu Grab menghantar turun seorang penumpangnya.
Difahamkan, penumpang tersebut merupakan seorang pak cik. Apa yang lebih membuatkan pemandu itu terkejut adalah selepas pak cik berkenaan meluahkan hasratnya untuk menjadikan pemandu berkenaan sebagai menantunya.
“Salam sejahtera anakku, ingat tak pak cik yang awak hantar ke Hospital IIUM pagi tadi? Pak cik ada seorang anak perempuan belum kahwin lagi, umur 28 tahun, dia jadi doktor kat Hospital IUM ni. Anak jadi menantu pakcik nak tak?,” tulisnya.
Perkongsian itu mendapat reaksi ramai sehingga ada menganggap mungkin ada perkara yang bagus dilihat pak cik itu terhadap pemandu berkenaan sehingga mahu menjadikannya menantu walaupun baru satu hari berjumpa.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: