Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemandu Kereta Terbabas Nyaris Jatuh Di Parking Hospital Rupanya Alami Masalah Jantung

today5 February 2025

Background


Difahamkan, pemandu kereta yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, rupa-rupanya berasa sakit dada ketika memandu.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Pengarah Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang Dr Farique Rizal Abdul Hamid berkata keadaan itu menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pagar besi serta sebahagian dinding konkrit pakir berkenaan.

Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan tersebut merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun merupakan pesakit jantung.

“Pemandu tersebut mengalami sakit dada secara tiba-tiba ketika memandu, menyebabkan kehilangan kawalan ke atas kenderaan dan mengakibatkan kemalangan,” katanya.

Akibat daripada impak pelanggaran tersebut, tembok dinding tempat letak kereta bertingkat runtuh dan menimpa sebuah kenderaan lain yang sedang bergerak di jalan utama berhampiran lokasi kejadian.

Namun, kesemua mereka selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Bagaimanapun, kes ini masih disiasat lebih…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post